Thursday, July 29, 2010

Pantun nasihat




Sumbangan saya yang terakhir sebelum mengundur diri,



Buah cempedak di luar pagar,Ambil galah tolong jolokkan.



Siti Nurafrina berharap agar,



Segala kesilapan akan dimaafkan.









Hobi saya (2)










Saya ingin berkongsi tentang resipi 'rahsia' saya. Resipi ini saya gunakan apabila saya terasa lapar sangat dan ibu sedang sibuk buat kerja rumah. Saya takut gunakan dapur gas kerana takut terkena api. Nama resipi 'rahsia' saya ialah Nasi Kilat.

Bahan-bahannya;



1. Semangkuk nasi.2.Kicap manis. Gambar hanya contoh. Pastikan kicap halal.
3.Sos cili . Gambar hanya contoh. Pastikan sauce cili halal.

Cara:
1.Letakkan nasi di atas piring. (Ikut seberapa banyak yang awak hendak makan)
2.Tuangkan kicap di atas nasi dan campur hingga rata. (kicap ikut rasa anda)
3. Akhir sekali tuangkan sos cili. (ikut rasa anda)
4. Selepas itu hidangkan dan makan.

Hobi saya (1)

Ini adik saya yang tersyang Batrisyiah.
Gambar ini menunjukkan Air buih yang saya tiup.

Ini adik saya bernama Syafiq


Saya ingin berkongsi tentang hobi saya iaitu memetik gambar. Disini ada beberapa gambar yang ingin saya kongsi.

Wednesday, July 28, 2010

kucing kaki tiga

(ini adalah comel)

Comel adalah satu-satunya kucing peliharaan saya. Comel merupakan kucing kesayangan keluarga kami.
Tetapi Comel hanya ada 3 kaki. Ia semua bermula pada suatu malam. Semasa saya menonton televisyen kucing saya bertenggek di tepi jendela. Perkara itu merupakan perkara biasa buat Comel setiap malam. Tiba-tiba, jiran saya mengetuk pintu kami dengan cemas. Dia memberitahu saya bahawa seekor kucing telah jatuh dari tingkat atas dan dia percaya yang kucing itu adalah Comel. Saya sungguh teperanjat. Saya mula mencari Comel di tempat yang Comel selalu merayau. Tetapi Comel tidak dijumpai. Saya berasa lebih takut. Tetapi saya harus menerima kenyataan. Saya ke kolong blok saya dan terus menangis. Saya ternampak Comel terbaring lesu dengan berlumuran darah. Selepas itu saya ke rumah dan memberitahu moyang saya apa yang telah terjadi. Moyang saya turun ke bawah dan mengambil Comel. Saya menghubungi ibu bapa saya. Mereka mengatakan bahawa mereka akan menghantar Comel ke klinik haiwan. Saya menangis sehingga saya rasa saya tidak mempunyai air mata lagi untuk menangis. Selepas Comel pulang klinik haiwan setelah beberapa hari dirawat disana, saya berasa sangat gembira! Saya berkata kepada Comel, "Sabarlah Comel dan tabah. Saya tetap sayang kamu!"

PSP

ini adalah contoh gambar pspPlayStation Portable (secara resmi disingkat PSP), adalah sebuah konsol permainan genggam-tangan (handheld) yang dibuat oleh Sony Computer Entertainment. Saya mempunyai sebuah PSP. Ia dibelikan oleh ibu bapa saya. Saya mendapat PSP itu kerana saya dapat markah tinggi untuk peperiksaan. Saya mendapat Pmarkah tinggi itu juga kerana hasil didikan cikgu saya. PSP itu berwarna biru muda. Sepupu saya selalu meminta PSP saya untuk dipinjam apabila saya datang ke rumahnya. Antara permainan yang saya suka main ialah permainan Spongebob.

Tuesday, July 27, 2010

YOG


Gambar ini menunjukan Lyo yang berwarna oren dan maskot yang berwarna biru.
Saya sungguh gembira kerana Singapura, tempat tinggal saya, akan menjadi tuan rumah bagi 'YOG'. Peraduan Olympik ini pertama kali diadakan di Mount Olympus di Greece. Saya ingin mengucapkan kepada warga Singapura yang akan bertanding semoga mereka berjaya!

Hari kebangsaan

Ada sesuatu menarik yang saya alami pada minggu lalu. Saya telah mendapat peluang untuk menonton previu Hari Kebangsaan di Padang. Mula-mula, hos-hos Hari Kebangsaan keluar menaiki motor. Hos-hosnya adalah dan lain-lain.