Wednesday, July 28, 2010

kucing kaki tiga

(ini adalah comel)

Comel adalah satu-satunya kucing peliharaan saya. Comel merupakan kucing kesayangan keluarga kami.
Tetapi Comel hanya ada 3 kaki. Ia semua bermula pada suatu malam. Semasa saya menonton televisyen kucing saya bertenggek di tepi jendela. Perkara itu merupakan perkara biasa buat Comel setiap malam. Tiba-tiba, jiran saya mengetuk pintu kami dengan cemas. Dia memberitahu saya bahawa seekor kucing telah jatuh dari tingkat atas dan dia percaya yang kucing itu adalah Comel. Saya sungguh teperanjat. Saya mula mencari Comel di tempat yang Comel selalu merayau. Tetapi Comel tidak dijumpai. Saya berasa lebih takut. Tetapi saya harus menerima kenyataan. Saya ke kolong blok saya dan terus menangis. Saya ternampak Comel terbaring lesu dengan berlumuran darah. Selepas itu saya ke rumah dan memberitahu moyang saya apa yang telah terjadi. Moyang saya turun ke bawah dan mengambil Comel. Saya menghubungi ibu bapa saya. Mereka mengatakan bahawa mereka akan menghantar Comel ke klinik haiwan. Saya menangis sehingga saya rasa saya tidak mempunyai air mata lagi untuk menangis. Selepas Comel pulang klinik haiwan setelah beberapa hari dirawat disana, saya berasa sangat gembira! Saya berkata kepada Comel, "Sabarlah Comel dan tabah. Saya tetap sayang kamu!"

No comments:

Post a Comment